Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 Ogos 2015

Bento :: Thermos




Ini adalah set thermos yang ibu guna untuk anak ibu kalau bawa makanan yang berkuah seperti sup,bubur atau lain-lain..
Tujuannya supaya makanan tersebut kekal panas untuk 1 tempoh waktu yang lama 8pagi - 5petang..

Thermos ni cap Thermos..
Ibu beli di AEON Permas..
Harganya kalau tak silap RM120..
Set ini ada dapat bag seperti gambar di bawah ini..



Ada 2 pilihan warna..
Pink memang menggoda sangat..
Tapi macam banyak sangat pink pula set bentoliyana..
Ibu pon pilihlah set hijau..
Mana tahu bakal adik liyana ni lelaki pula.. hahaha
Berangan kan??

Ok, nak share tips untuk ibu-ibu diluar sana..
Nak tahu tips thermos kekal panas dalam tempoh yang lama??
Jeng jeng jeng..

Goncang thermos dengan air panas menggelegak..
Biasanya ibu biar dalam 3minit..
Kemudian buang air panas tersebut dan isi makanan yang nak dibawa..
InshaAllah, makanan tersebut kekal panas hingga ke petang..
Tapi biasanya petang tu dah suam-suamlah..

Ok, ini sahaja perkongsian ibu untuk hari ini..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan