Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 28 Ogos 2015

Dapur :: Ruang Sinki




Lamanya tak up entry susunatur??
Rindunya..... hahaha.. rindu kat blog sendiri kan..
Tak kisahlah, janji aku bahagia.. hahaha
Ok, berbalik pada tajuk ya..


Kami guna sinki 1 bowl je..
Sebabnya ruangan yang terhad..
Kedudukan sinki di tengah-tengah antara tempat persediaan bahan & dapur gas..
Tak ada pula full view dapur ku ini..

 

Nampaklah sipi-sipi dapur belah kanan tu kan?
Itu dapur 3 tungku..
Sebab apa 3 tungku?
Sebab tungku yang ketiga tu comel je..
Sesuailah kalau guna periuk yang comel-comel tu..




Jeng jeng jeng..
Mesti setiap rumah orang melayu ada lesung batu kan..
Tak terkecuali aku juga..
Apa ada dalam bakul putih comel sebelah lesung batu tu??

 

Tadaaaa~!!!
Aku letak bawang merah, bawang putih, halia & kentang dalam tu.
Tapi sekarang ni dah up 1 lagi bakul yang sama.
So bertenggek lah 2 bakul tu..
Memang suka bakul ni sebab boleh disusun bertingkat & kukuh..
ok, sekian sahaja untuk kali ini..





Khamis, 27 Ogos 2015

Bento :: Thermos




Ini adalah set thermos yang ibu guna untuk anak ibu kalau bawa makanan yang berkuah seperti sup,bubur atau lain-lain..
Tujuannya supaya makanan tersebut kekal panas untuk 1 tempoh waktu yang lama 8pagi - 5petang..

Thermos ni cap Thermos..
Ibu beli di AEON Permas..
Harganya kalau tak silap RM120..
Set ini ada dapat bag seperti gambar di bawah ini..



Ada 2 pilihan warna..
Pink memang menggoda sangat..
Tapi macam banyak sangat pink pula set bentoliyana..
Ibu pon pilihlah set hijau..
Mana tahu bakal adik liyana ni lelaki pula.. hahaha
Berangan kan??

Ok, nak share tips untuk ibu-ibu diluar sana..
Nak tahu tips thermos kekal panas dalam tempoh yang lama??
Jeng jeng jeng..

Goncang thermos dengan air panas menggelegak..
Biasanya ibu biar dalam 3minit..
Kemudian buang air panas tersebut dan isi makanan yang nak dibawa..
InshaAllah, makanan tersebut kekal panas hingga ke petang..
Tapi biasanya petang tu dah suam-suamlah..

Ok, ini sahaja perkongsian ibu untuk hari ini..






Rabu, 26 Ogos 2015

Bento :: Sandwich & Snack Bag




Comel je tengok set bag ni..
Suka sangat3..
Bag ni dapat masa join #contestmenubaby by FB : homemade baby food & information
Contest berlangsung pada 3-9 Julai 2015.
#menuliyana menang kategori Toddler..
Terima kasih Admin ~ Tqah & Nurin..
Terima kasih juga buat sponsor~!!




Selasa, 25 Ogos 2015

Gadget :: Cara Screenshoot iPhone6



Ini tips bagi pengguna iPhone6 yang masih tak tahu cara nak screenshoot.

Tekan Power/Lock Key di bahagian sisi kanan atas iPhone6 & tekan butang bulat Home Key yang ada di bahagian tengah bawah depan iPhone6.
Screen akan terpapar seperti short flash yang menandakan ada 1 screenshot yang telah disimpan di dalam galeri.
Sila semak galeri.

Sekian.