Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 30 Jun 2015

Dia buat perangai pelik daa..



Tarikh : 29.06.2015
Hari : Isnin
Umur : 1 tahun 7 bulan 12 hari


Tengoklah muka budah bertuah ni..
Elok ibu tgh tahiyat akhir, boleh pula dia korek hidung ibu..
Cuba bertahan tapi tergelak juga..
Maghrib semalam, 3 kali solat maghrib..
Kali ke3 baru berjaya dengan amannya..
Biasanya tak ada lah sampai korek hidung..
Semalam boleh pula buat perangai pelik dia..
Lepas korek dia gelak tengok kita.. hahaha


Isnin, 22 Jun 2015

Car Seat pilihan



Tarikh : 15.06.2015
Hari : Isnin
Lokasi : Dalam kereta lepas ibu parking kereta





Dah siap parking pun tak mahu keluar lagi..
Kemain lagi kan..
Abi siap tukar yang ada screen lagi taw untuk awak..
Sibuk tengok upin ipin dia tu..

Sebelum ni memang dah niat nak beli carseat baru yang lebih sesuai dengan liyana yang semakin membesar ni..
Yelah, anak ibu ni dah 1 tahun 7 bulan kan..
Tak kan nak duduk dalam carseat baby lagi kan..
Memang tak selesa lah kan..

2 minggu juga kami survey carseat di AEON..
Abi lebih selesa survey kat situ..
2 minggu lepas pegi AEON Bukit Indah..
Promoter Sweet Cherry tak ada..
So tak dapatlah kami nak bersoal jawab..

Minggu lepas kami pergi AEON Permas..
Dah  nampak dah carseat ni..


Klik gambar untuk lihat lebih lanjut.. Dah siap link ke website.. hihi


Ada 2 design carseat ni..
Tapi macam tak berkenan sebab tempat sandar tu gerak2..
Ingatkan reject punya sebab murah sikit dari carseat yang kami berkenan tu.. hihi
So kami decide nak pegi AEON Tebrau pula..
Nasib baik promoternya ada..
Sempatlah husband bersoaljawab tentang carseat ni..

Rupa-rupanya carseat ni namanya LB517 Canyon Child Booster..
Tempat sandar tu kita boleh laras ikut seat kita..
Lagi satu, boleh buka penyandar then jadilah booster seat untuk kanak-kanak 22kg-36kg..
Jimat belanja.. Sekali beli boleh pakai bertahun-tahun..
Sebab sekarang ni banyak kes baby tercampak bila kemalangan..
So kami cuba untuk mencegah..

Berikut ciri-ciri LB517 Canyon Child Booster

Net Weight : 12kg

Features :
1. Suitable from 9 to 36kg
2. Extra padded seat for children from 9 to 18kg
3. Backrest can be removed to become booster seat for children from 22-36kg
4. 5-point, 1-pull safety harness

Semoga dapat membantu serba sedikit tentang carseat ni..

Selamat berpuasa semua..




                                                                                                                                             

















Jumaat, 19 Jun 2015

Salam Ramadhan



18.06.2015
Salam Ramadhan buat semua..
Selamat menjalani ibadah puasa tahun ini..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat semua..

Tahun ni tahun kedua berbreastfeedkan my princess..
Buka & sahur mesti makan kurma..
Esok sahur nak test blend susu + kurma + madu..
Yummy2.. hihi




Rabu, 17 Jun 2015

Teman TokMak Jalan-Jalan



Tarikh : 14.06.2015
Hari : Ahad
Lokasi : Plaza Angsana


Last week teman Tokmak cari Gamogen untuk Tok Ayah..
Boleh pula lupa nak bawa carrier dia..
Sudahnya ibu, tokmak & m.usu bergilir dukung awak taw sayang..
Kalau lepas memang laju jelah dia berlari.. hahaha
Sakit pinggang kami ni dibuatnya.. hihi


OOTD



Bila nampak kereta ni laju je dia berlari..
15minit pertama syok lah duduk dalam tu..
Pusing2 stereng..



Setengah jam lepas tu dia pula tolak kereta ni.. hahaha
Macam2 ragam lah anak ibu ni.. 



Masuk kereta terus capai bantal & landing..
Toleh lagi sekali dah tertidur.. hihi



Selasa, 16 Jun 2015

Bento :: Nasi goreng butter & crunchy wedges


Tarikh : 16.06.2015
Hari : Selasa



Menu simple juga hari ni..
Biasanya memang bekalkan nasi..
Tak kisahlah nasi goreng/nasi putih/nasi tomato/nasi jagung/nasi lemak..
Janji nasi.. anak ibu sorang ni memang suka makan nasi  kan..


Crunchy Wedges

Bahan-bahan :
2 biji kentang (dikupas kulit & dipotong wedges)
1 biji telur
Tepung beras
Tepung gandum Faiza
Minyak masak

Cara-cara :
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Celupkan kentang dalan telur yang telah dikacau sekata.
Golekkan pula di dalam campurang tepung beras & tepung gandum.
 astikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan kentang.
Kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan..
Toskan & Siap..




Bento :: Ayam Goreng KFC


Tarikh : 15.06.2015
Hari : Isnin



Nasi putih , ayam goreng kfc & sayur telur hancur..


Simple je menu liyana..
Ni 1st time bekalkan ayam goreng peha seketul macam tu..
Biasanya potong kecil bahagian dada then goreng dengan tepung..
Kali ni ayam goreng seketul..

Kisahnya macam ni..
Last week abi makan ayam goreng..
Then tinggal peha untuk ibu..
Tapi liyana yang beria pegang nak makan..
Bukan main marah lagi kalau kita usik ayam dia..
Dari situ ibu dah nampak anak dara ibu ni dah sedia nak makan ayam seketul sendiri..
Macam dah besar sangat je kan..
Dah 1 tahun 6 bulan kan..
Sekarang ni memang gaya makan & menu nak sama je dengan ibu.. hihi
Oklah anak, janji awak makan apa yang ibu masakkan..




Sabtu, 13 Jun 2015

Anakku :: Bangun pagi punya cerita



Tarikh : 13.06.2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.50pagi



Comotnya anak ibu ni..
Hari ni ibu kerja halfday so my princess tinggal dengan abi nya..
Bangun pagi memang cari air & makan..
Ni kes pagi tadi lah ni..
Abi send whatsApp.. hihi



Jumaat, 12 Jun 2015

Migrain









Dah lama tak kena migrain..
Semalam petang kena terus down..
Ingatkan lepas tidur sejam, ok lah..
Tak boleh nak drive balik rumah..
Call husband tak angkat-angkat..
Mesti belum habis kerja sebab sekarang ni dorang kena simpan HP dalam loker..
Call pejabat husband banyak kali tak angkat juga..
Masa ni dah nangis sedih dah..
Terpaksa minta tolong supervisor hantar balik..
Liyana pula m.usu dia ambil & hantar balik rumah..
Terima kasih kepada mereka yang membantu..
Semoga kalian sentiasa dirahmati & dilindungi Allah..

Pagi ni aku kerja macam biasa sebab tengah banyak kerja tak senang hati nak cuti..
Atleast, kalau kerja agak-agak sakit boleh tidur.. hahaha
Ok, jaga kesihatan ya kamu-kamu semua..










Khamis, 11 Jun 2015

Mini Giveaway Resepiku




Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Pagi2 dah jamu mata dengan buku resepi ni.. hihihi.. suka3..


Menarikkan kalau dapat FREE buku resepi ni kan?
Kalau korang nak juga, jom join giveaway ni..


(klik gambar untuk join)

Syarat-syarat untuk join giveaway ni :

1) Follow blog Syeeda Saniey
2) Beralamat di Malaysia
3) Buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY RESEPIKU"
4) Dalam entry korang, masukkan banner kat atas tu dan backlink kan banner tu ke link entry giveaway nie
5) Tinggalkan link entry korang dekat ruangan komen kat bawah

Nak tahu tak hadiah nya apa??
Cuba tengok balik buku resepi kat atas tadi tu..
Haa... itulah hadiahnya..
Menarikkan? lagi2 bila nak masuk Ramadhan.. hihi

Hadiah
3 buah buku resepi 
untuk 3 orang pemenang bertuah

Tempoh giveaway berlangsung:
Dari 9 Jun 2015 ~ 14 Jun 2015 (jam 11.59malam)

Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya 17.06.2015.

Semoga ada rezeki sempena bulan Ramadhan ini..



Rabu, 10 Jun 2015

My Parents :: Alhamdulillah..




Alhamdulillah..
Ayah dah selamat jalani minnor operation di JSH..
Semoga ayah cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala..



We love you Tok Ayah..





Rabu, 3 Jun 2015

Annakku :: Liyana & Playground



Ini cerita campakbelakang ya.. hihi


Ni main kat taman kat tepi laut Pontian..
Memang suka kalau dapat main buai..
Tu yang macam zirafah tu jongkang jongket..
Bukan main berenjut ke depan belakang.. 
Ajar sekali je dah pandai main sendiri..



Ni gelongsor di Mc'D Plaza Angsana..
Sementara ummi & kakak cari kasut sekolah, adik liyana & abg main dulu..
Orang naik ikut tangga, anak dara ni naik ikut gelongsor tu saja..
Alahai anak, lasak pula awak ni.. hahaha



Ni buaian kat AEON Permas..
Sementara tunggu ibu beli barang awak, abi dudukkan awak kat sini..
Lepas tu bila nak angkat dia marah siap pegang buai tu kuat2..
Hahahaha~ Suka sangat lah tu ya..



Masa nak survey kereta awak, ibu ternampak kuda pink ni pula..
Harga rm49.90.. murah dari ikea..
Laju2 send gambar kat abi & abi pun datang tengok..
Tapi tinggal display je, tak jadi ibu abi belikan untuk awak..
Lain kali ya sayang..
Kita cari yang lagi cun ya.. hahaha


Sebenarnya liyana memang pantang jumpa buaian, gelongsor & jongkang jongkit..
Mesti laju je jalan ke situ..
Mula lah nanti dengar dia sebut "nak! nak!" sambil tarik tangan kita..
Itu maknanya dia nak naik lah tu..
Hahahaha~ 
Nak beli letak kat rumah macam tak ada ruang pula..
Tak apa lah anak, tiap2 hujung minggu ibu abi bawa awak pergi taman permainan ya sayang..