Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 28 Februari 2015

Review :: Tropika Set Lavender






Tropika Baby Hair & Body Oil ~ Lavender


Intipati :
~ Minyak kelapa dara (virgin coconut oil = VCO)
~ Kaya dengan Vitamin E yang bebas steroid, parabens, toksik & lain2 bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi
~ Diadun dengan aroma Lavender yang bertindak merangsang mood serta emosi bayi, anti-stress & berupaya menenangkan minda bayi

Fungsi :
~ Sebagai pelembap kulit
~ Membantu & merawat kulit sensitif di kalangan bayi seperti eczema, ruam lampin, ruam panas & lain2 masalah alahan kulit
~ Membantu melebatkan & menyihatkan rambut bayi


 Cara Guna :
Sapukan Tropika Baby Hair & Body Oil pada badan bayi 2 kali sehari selepas mandi. Juga boleh digunakan sebagai minyak rambut.

Kesan daripada penggunaan :
Masa my princess 10bulan, dia alami ruam susu di bahagian pipi kiri kanan yang sangat teruk (lupa pula nak ambil gambar sebagai bukti).. 
Mungkin natijah daripada menyusu sambil baring sampai si ibu & si anak tertidur di malam hari.. *jangan amalkan perangai buruk ibu ini ya ibu2 sekalian ~!
Pipi kering & kulit mengelupas.. Bila cuaca panas terik je pasti pipi merah menyala macam pakai blusher.. *pada hakikatnya ibu pon tak pakai blusher di alam realiti sayang..
Kesian sangat dengan my princess.. mesti gatal merenyam kan??
Doktor cakap hampir kepada eczema tapi belum.. lebih kepada ruam..
Doktor ada bagi cecair untuk cuci 1 kali 1 hari tapi tak elok pakai hari2 nanti boleh menipiskan kulit bayi.. *dah tahu gitu kenapa doktor bagi?? aduhai !
So ibu pon mencari, mengoogle review2 ibu2 sekalian mengenai eczema..
Ibu tertarik untuk mencuba tropika..
Sebab rumusan asli & minyak kelapa dara tanpa bahan kimia yang merbahaya untuk si manja kita..

Mingggu pertama sapu pada pipi dah nampak perubahan..
Kulit tak kering & mengelupas lagi..
Minggu kedua kulit jadi mulus gebus cerah berseri2..
Sampaikan adik beradik kami cakap pakai qu puteh qu puteh barulah puteh ke?? 
Hahahahaha
Sekarang ni ibu pakai kat rambut & badan pula..
Nak tahu rambut makin lebat atau pun tidak?
Tunggu review ibu lagi ya sayang2 semua..
*ada yang sayang ke? budget ada orang baca je kan??? hahaha








Jumaat, 27 Februari 2015

Tips/Idea : Cara daku lenyek pisang




Beginilah caranya daku lenyek pisang kalau nak buat cengkodok pisang..
Mudah & jimat..
Guna sahaja gelas yang ada..
Pastikan mangkuk rata di bahagian tapak & beralas kain ya..
Kang lenyek2 tembus lantai pula.. hahaha
Oleh kerana pisang memang sifatnya lembik, jadi tak perlulah lenyek beria sangat..
Cepat siap & peralatan pon senang nak cuci..
Tak perlu pelenyek khas yg ada dijual di pasaran.. hihi
Tapi ni kalo pisang untuk 3-4 orang makan boleh kot..
Kalau untuk niaga memang tak sesuai lah..
Hahaha



Rabu, 25 Februari 2015

mari menabung




Baru mula menabung awal februari hari tu..
Itu pon selepas balik bercuti..
Tabung tu pon Tok Ayah yang belikan.. hihihi

Masa hari pertama mencuba, my princess belum pandai lagi..
Jadi ibu pegang tangan dia & suakan ke lubang tabung untuk masukkan syiling..
Sekali ajar je dia dah pandai..
Sudahnya 1 beg duit syiling ibu kosong dikerjakannya..
Bila cakap syiling dah habis dimarahnya kita siap minta beg duitnya..
Digoncang2 beg duit sebab tak puas hati.. hahaha
Alahai anak..


Amalan Menabung
- Dapat melatih jari jemari memegang duit syiling yg nipis itu
- Dapat melatih anak fokus (masukkan syiling di lubang yg betul)
- Dapat menanam sifat menabung dalam diri
- Dapat mendidik anak bila nampak syiling je nak masuk tabung bukan masuk mulut

* Lepas ni tabung abi & ibu pula yang tak berisi.. hahaha


Selasa, 17 Februari 2015

Bekalan @ Bento Anak Ibu



Semua gambar di bawah ni bento untuk anak 1 tahun..
Sebab menu my princess dah boleh sama dgn ibu..
Cuma NO PEDAS..
So ibu abi puasa makan pedas.. hahaha

Nasi putih + ayam masak tomato bersama carrot, kacang panjang + tempe goreng..


Nasi putih + ayam halia bersama carrot + koko crunch


Nasi ayam grill bersama sup & tomato..

Bubur nasi carrot jagung manis + tauhu goreng + salmon grill..


Spiral goreng + brokoli rebus + pisang + koko crunch


Nasi putih + sup ayam + kiwi


Bubur carrot jagung manis + fried pasta + pasta baked

Setakat ni, kalao bento nasi kompem licin nasi & lauknya..
Kalau bento western ni tak tentu..
Kadang licin kadang berbaki..
Tak kisah lah, janji anak ibu makan hasil air tangan ibu..



Isnin, 16 Februari 2015

Wedding :: Flower Girl




Inilah rupa bakal flower girl nanti.. hahaha
Nak dijadikan cerita, nanti awal bulan mac sepupu husband kahwin..
Beliau minta anak2 buah perempuan pakai flower crown macam ni..
Kiranya ini percubaan pertama lah..
Berkerut2 muka anak dara ni kena kepit dengan makcik dia..
Sebabnya anak dara ni tak suka apa2 kat kepala..
Sebab memang dari kecil abi nya tak kasi anaknya pakai headband topi bagai..
Lagi lah crown ni..
Kalau ikat rambut letak sepit kira ok lah..
Tunggu saja lah hari majlis nanti.. hihi


Khamis, 5 Februari 2015



Annual Dinner 2014
Date : 31st Januari 2015
Avanue : Trade Hotel Nusajaya
Theme : Colourfull Bow & Tie



Hahahahaha~ 
Kiranya menepati tema lah ni kan??
Colourfull dah memang pasti lah baju aku kan..
Bow pula en suami & our princess..



Ini anak memang tak reti duduk diam2 kat kerusi..
Asyik nak berjalan je kerjanya..
Letih ibu nak kejar dengan wedges yang tinggi 5inci ni.. hahahaha
Nasiblah ibu.. Ibu pun redha je..
Janji anak tak meragam melalak2..
Itu memang ibu surrender lah.. hahaha


Lucky draw dapatlah Thermo Pot brand Cornell..
Memang dah ok lah tu sebab tak payah beli lagi dah..
Jimat duit ku.. hihihi
Memang niat di hati nak beli thermo pot ni tapi mengenangkan princess tak minum FM so niat tu dikuburkan sementara..
Memang dah rezeki suara hati kan.. hihi

Terima kasih en suami sebab bagi kerjasama..
Padahal beliau memang plan nak tgk JDT lawan Pahang kat stadium hari tu..
Nak rasmikan pas bermusim beliau.. hihihi
Tapi isteri beria ajak pergi dinner..
Yolah, ni tahun ke3 kerja tapi baru 1st time join annual dinner..
Kan rugi tu.. sebab ada lucky draw untuk semua staff..
Apa pun kami seronok cuma tak sempat nak posing2 sebab sibuk kejar anak jaga anak.. hahaha
Tahun depan mungkin sempat nak posing2 lah kot.. hahaha