Sememangnya aku sedang mencari idea untuk "Reading Corner" Liyana..
Sekarang ni dah memang ada..
Tapi nak cari idea yang comel2 sikit..
Sebab sekarang ni macam kaku sangat ruangannya..
Sebelum ni almari kaca tu tak ada pun kat situ..
Suami pasang almari kaca tu sempena birthday dia..
Boleh lah suami.. pasang sendiri pun.. hihi
Terus lari plan asal ibu..
Memang perancangan nak buat reading area di situ..
Nanti boleh lah ibu bacakan buku cerita sambil lepak santai di situ..
Lepas je suami letak almari kaca tu terus mati akal..
Sebab perancangan asalnya nak buat macam gambar ni..
Meja dah ada.. tinggal nak pasang para buku & tambah kerusi je..
So boleh lah buat aktiviti atas meja lepas itu..
Sekarang ini kalau nak membaca, kami akan duduk di sofa tepi..
Abaikan anak dara yg buat peace tak jadi.. haha
Dia ingat ibu nak ambil gambar dia lah tu gayanya..
Sekarang ini masih mencari2 idea yang sesuai & praktikal..
Kalau boleh setiap ruang itu nak memaksimakan penggunaannya..
Tak mahu lah sekadar tempat membaca je..
Tak mengapa, kita berangan jelah dulu ya..
Mana tahu boleh dapat idea yang praktikal..
Macam ini cantik & kemas juga..
Tapi anak tak boleh nak ambil buku sendiri sebab paranya tinggi..
Kalau boleh nak kurangkan perhiasan..
Serabut mata nanti..
Macam ini pun ok juga..
Boleh baring sambil baca..
Tapi kan kalau aku lah yang baca sambil baring tu, pasti cepat lenanya.. hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan