Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 26 Januari 2015

1 tahun 2 bulan 8 hari



Tarikh : 25 Januari 2015 (Ahad)
Usia : 1 tahun 2 bulan 8 hari
Lokasi : Pasar Tebrau

Cepatnya awak membesar sayang..
Ibu rindu nak gomol awak masa baby2 dulu lah.. Hahahaha
Semoga awak menjadi anak yang solehah buat ibu dunia & akhirat..
Ibu sayang awak sangat2..



Selasa, 20 Januari 2015

percubaan demi percubaan memakai kasut sendiri







Sekarang ni memang pantang nampak kasut..
Nanti dia ambil kasut & duduk & cuba pakai sendiri kasutnya..
Kalau kat kedai kasut pon sama..
Ibu sibuk cuba kasut, dia pun nak cuba juga..
Anak dara sangat kan awak ni sayang?? hihi






Khamis, 15 Januari 2015

baby hana nadia



Awal tahun hari tu kami terima tetamu..
Lama dah rumah kami tak terima tetamu.. hahaha
Kawan kami masa bujang..
Aku kenal pun melalui suami2 kami..
Tak sangka pula boleh jadi kawan kamceng.. hihi
Ini baby hana.. tembam kan??


Adik ni asyik tidur je..
Lepas susu tidur..
Main2 sekejap, tidur lagi..
Dah lah adik kalau tidur sejam juga..
Sebab tu lah adik debot..
Kuat susu & kuat tidur.. hihihihi





Kalau tengok posisi baring macam kakak lagi besar dari adik..
Geram tengok peha KFC adik tu..
Baru 4bulan dah 7.7kg..
Sama berat dengan kakak masa genap 1tahun.. hahaha
Nampak sangat kakak ni halus kan??



Ibu nak posing dengan adik sekejap lah..



Tengok tu kakak datang nak menyibuk juga..
Jeles lah tu ibu pegang adik.. hahaha





Rabu, 14 Januari 2015

ootd 1y1m23d




Macam tak berapa sesuai je kan pakai legging, tshirt kolar & kasut tu..

Ni masa nak keluar pergi belanja barang rumah..
Sempat lagi tu main penyapu.. haha
Sekarang ni memang pantang nampak penyapu & penyodok..
Ibu siap nyorokkan yang ibu punya taw sayang..


Selasa, 13 Januari 2015

Kerusi Comel untuk Reading Area #2



Akhirnya dapat juga beli kerusi comel ni..
Memang jatuh cinta pandang pertama masa tengok kerusi ini..
Bila suruh liyana duduk, dia pun macam suka je nak duduk situ..
Siap sandar lambai2 tangan kat ibu & tokmak..
Itu yang membuatkan lagi kuat rasa nak beli kerusi ini..
Ibu duduk pun masih kukuh ya.. lega sangat.. hihi

Masa nak beli kerusi ini memang tengah plan untuk Reading Area dia..
Sambungan dari enty SINI..
Bagi melengkapkan lagi impian ibu maka terbelilah kerusi ini.. 
Hahahaha~ terbeli sangat kan..
Meja itu dah lama beli di tesco..
Jom cuci mata..



Ini view keesokkan harinya..
Hari sabtu ibu kerja jadi liyana duduk rumah dengan abi..
Kebiasaannya kalau ibu pergi kerja, sibuk dia nangis nak ikut ibu..
Tapi tidak pada hari itu..
Bangun tidur terus duduk kat kerusi dia..
Pastu ambil buku dalam bakul pink dan terus baca..
Pandai sangat kan awak ni..
Ibu panggil pun dia tak pandang..
Jeling sipi2 pun tidak..
Sedih ibu.. tapi tak apa sebab awak suka kerusi itu..
Yeah~!

Kos perbelanjaan
Meja (Tesco) = RM 29.90
Kerusi (Giant) = RM34.99 x 2 = RM 69.98
Bakul pink (Mr DIY) = RM 3.90
---------------------------------------------------------
Total = RM 103.78
-----------------------------------

Beli sikit2 memang tak rasa sangat duit keluar..
Kalau nak beli sekali gus memang makan angin jelah ibu sebab poket dah nipis.. hahaha
Tapi tak apa sebab suami kan ada.. hihi





Isnin, 12 Januari 2015

Dilema bila anak tak mahu minum susu dalam botol



Sejak umur 11bulan lagi liyana dah tak mahu minum guna susu botol..
Dah cuba masukkan susu dalam botol air yang ada straw pun sama juga..
Minum dalam cawan pun tak mahu..
Kusut kepala ibu ni sayang..
Mula2 ingat liyana tak suka botol susu tu, jadi ibu beli botol susu baru..
Liyana tak mahu juga..

Ni sejak 1tahun 1bulan, dia dah pandai minta air yang ibu & abi minum..
Tak kisah air apa yang ada straw..
Sekarang ni pantang nampak air vitagen..
Mesti "Nak! Nak!"..
Khabi nahi sayang..

Ini yang buat ibu fikir nak belikan susu kotak dutch lady kids ni..
Kotaknya pun kecil je..
Ok ke tak erk??
Sesuai ke tidak ya?
Ke memang lumrah budak setahun dah kurang minum susu ibu??


Sabtu, 10 Januari 2015

Gadis Berkaca Mata Merah




09.01.2015
1 tahun 1 bulan 23 hari

Selamat pagi semua..
Semalam ibu & abi bawa kita jalan2 kat mall..
Tujuannya nak belikan kita kerusi.. hihi

Kita suka lah kaca mata merah ini..
Tapi besar sangat..
Nanti kita besar sikit baru kita belilah..
Baru ngam hoo~!
Ok, tata


Jumaat, 9 Januari 2015

Liyana's Turn 1 : Goodies




Ni gambar keseluruhan..
Yang pink biru tu untuk kanak2, yang uncang kecil tu untuk dewasa..
Buat ngam2 untuk family sahaja..
Sebab memang cadangnya makan2 untuk family sahaja..




Ini isi kandung untuk kanak2..
Sempena naik sesi persekolahan 2015 ni, aku bagi alatulis yang tak seberapa tu..
Buat tambah2 kan..





Tadaaa ~!
Mini tasbih ini daripada Tasbih Cintaku..
Perniagaan salah seorang daripada rakan blogger iaitu cikmah..
Dari suka2 buat untuk majlis sendiri, sekarang ni dah terima tempahan..
Alhamdulillah.. ini dinamakan rezeki..
Tasbih ni pon dapat sebab join GiveAway INI..
Rezeki liyana ni.. hihihi..
Tasbih tu pon cikmah ada bagi lebih.. Alhamdulillah..
Memang cukup untuk keluarga suami & isteri..
Masing2 siap nak pilih2 warna tasbih lagi.. hihi
Terima kasih cikmah~!

Jom Kira-kira :
Pencil case = RM 6.40
Pembaris = RM 2.50
Pemadam = RM 2.40
Pensil 2B = RM 4.00
Pensil Corak = RM 6.00
Tiup Belon = RM 4.00
Mainan = RM 4.00
Jajan = RM 6.00
Tag = Print sendiri
Tasbih = Hadiah Giveaway
----------------------------------------------
Total = RM 35.30
----------------------------------------------















Khamis, 8 Januari 2015

Anakku : Reading Area #1




Sememangnya aku sedang mencari idea untuk "Reading Corner" Liyana..
Sekarang ni dah memang ada..
Tapi nak cari idea yang comel2 sikit..
Sebab sekarang ni macam kaku sangat ruangannya..



Sebelum ni almari kaca tu tak ada pun kat situ..
Suami pasang almari kaca tu sempena birthday dia..
Boleh lah suami.. pasang sendiri pun.. hihi
Terus lari plan asal ibu..
Memang perancangan nak buat reading area di situ..
Nanti boleh lah ibu bacakan buku cerita sambil lepak santai di situ..
Lepas je suami letak almari kaca tu terus mati akal..
Sebab perancangan asalnya nak buat macam gambar ni..



Meja dah ada.. tinggal nak pasang para buku & tambah kerusi je..
So boleh lah buat aktiviti atas meja lepas itu..
Sekarang ini kalau nak membaca, kami akan duduk di sofa tepi..




Abaikan anak dara yg buat peace tak jadi.. haha
Dia ingat ibu nak ambil gambar dia lah tu gayanya..

Sekarang ini masih mencari2 idea yang sesuai & praktikal..
Kalau boleh setiap ruang itu nak memaksimakan penggunaannya..
Tak mahu lah sekadar tempat membaca je..
Tak mengapa, kita berangan jelah dulu ya..
Mana tahu boleh dapat idea yang praktikal.. 


Macam ini cantik & kemas juga..
Tapi anak tak boleh nak ambil buku sendiri sebab paranya tinggi..
Kalau boleh nak kurangkan perhiasan..
Serabut mata nanti..


Macam ini pun ok juga..
Boleh baring sambil baca..
Tapi kan kalau aku lah yang baca sambil baring tu, pasti cepat lenanya.. hahaha
















Rabu, 7 Januari 2015

Annual Dinner :: Tukar tema Bow & Tie



Annual dinner nya 31hb ni..
Tema je dah tukar 2 kali..
Harap2 kali ni final lah.. hihi
Jom layan gambar tema BOW & TIE..






Macam nak suruh suami pakai macam ni..
Tapi suami tu cerewet sikit.. hahaha
Nanti nampak muncit lah.. itulah.. inilah..
Tapi smart~!




Pakai macam ni?
Alamat mandi peluh suami ku nanti.. hahaha





Nak pakai kasut yang beriben atau baju yang ada riben ya?
Tak pasti Minaz ada keluarkan baju macam ni lagi ke tidak..
Minggu ni nak pergi terjah butik kat BBU lah..

Ok, tata..


Selasa, 6 Januari 2015

Liyana's Turn 1 : Hadiah dari Tok Mak



Tokmak bagi hadiah sebulan awal.. hahaha
Sebabnya tengok cucu yg kecil ni sibuk nak main basikal kakak & abang nya..
Terima kasih tokmak! love u so much~!




Mula-mula molek je duduk.. 
Setengah jam lepas tu terus nak berdiri pula..
Lasak benar anak ibu & abi ni.. hahaha



Jumaat, 2 Januari 2015

Go To School with Drypers



Selamat datang 2015..
Semoga aku dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dunia akhirat..
Semoga aku menjadi lebih baik dari sebelum ini..
Semoga aku dapat menjadi anak & menantu yang baik buat kedua orang tua ku dan mertuaku..
Semoga aku dapat menjadi isteri yang menenangkan & menyenangkan suamiku..
Semoga aku lagi gigih dalam mendidik anak menjadi solehah dunia akhirat..
Amin Ya Rabb..


Ok , terus pada isi kandung.. panjang pula mukadimah pagi ini.. hahaha


Bahagialah tu dapat bag baru dari Drypers..
Terima kasih Drypers ~!
Dapat bag ni lama dah..
Tak silap masa tu bulan 10..
Tapi start pakai masa anak ibu ni setahun..

Sekarang ni kalau pakaikan dia bag mesti lambai tangan sambil masuk rumah sendiri.. 
Konon2 nak pergi sekolah lah tu.. Hahahaha


 


 

Macam2 kerenah & akal anak ini..
Ibu bahagia tengok awak membesar depan mata..
Semoga awak menjadi anak yang solehah dunia akhirat ya sayang..