Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Pejam celik pejam celik hari ni dah 8 April 2014..
Cepatnya masa berlalu..
Anak pon sudah semakin membesar..
Genap umur anak 4bulan, dia sudah pandai meniarap..
Sekarang ni sangat aktif meniarap & sudah mula bergerak ke depan ke belakang ke tepi..
Kadang tu sampai berpusing 360deg tahu..
Hahaha~ Anak ibu oh anak ibu..
Sebelum pergi check up di Klinik Desa Permas..
Ni masa ni Klinik Desa Permas..
Abi teman ibu bawa awak pergi check up..
Sebabnya ni 1st time pergi check up di sini..
Waduh.. ramai juga umat kat sini.. hihi
So far rasanya lepas ni ibu ok je kot bawa awak sorang..
Bulan ni kita pergi berdua ya sayang..
Muaaahhhh~
Sekarang..
Anak ibu dah pandah main air liur.. Rambut ibu pon banyak yang gugur.. Kadang tu tak sikat pon boleh gugur.. aduhai.. rambut ibu ni bukannya lebat.. dah macam nak botak dah sayang..
Sekarang..
Anak ibu sudah pandai meniarap ke depan ke belakang ke tepi.. semalam je separuh badan dah masuk bawah sofa.. nasib lah awak tu halus sayang..
Sekarang..
Sudah pandai nak nyusu sambil tiarap.. alahai anak.. tadi kul 5pagi kejut ibu nak susu.. ibu lambat selak je awak dah tiarap tarik2 baju ibu.. bila dapat tu terus ngap.. ibu nak baringkan pun awak tak mahu.. terlentok2 tersengguk2 pon masih maintain tiarap.. hahaha.. cumel je kamu ni taw anak..
Sekarang..
Sudah pandai pegang barang.. tambah suka ibu beli mainan yang awak boleh pegang taw sayang.. suka ibu bila awak genggam jari ibu masa menyusu.. kadang pegang baju ibu sambil tarik tutup muka awak.. malulah tu ibu tengok dia nyusu.. hahaha
Sekarang..
Anak ibu dah pandai main2 bibir bila tengok ibu abi makan.. macam minta disuap je gayanya.. tapi awak belum boleh makan ya sayang.. awak hanya boleh minum susu ibu sehingga awak 6bulan.. lepas 6bulan kita cuba makan pula ya.. tapi makanan yang sesuai dengan awak je lah.. hihi.. nanti kita test puree ya sayang..
Sekarang..
Awak sudah semakin cam muka ibu & abi.. pantang ibu lalu pasti awak menoleh.. kalau nampak muka abi balik kerja mesti awak tersenyum sayang.. bahagianya kami melihat awak membesar depan mata..
Sekarang..
Sudah pandai minta dukung.. kadang tu letak terus nangis.. drama queen sangat taw awak ni anak.. ikut siapa lah tu.. hahaha..
Sekarang..
Awak sudah pandai berselfie.. pantang nampak hp, nak dicapainya.. bila nampak muka sendiri kat screen terus jadi budak baik.. hahaha.. bila kita tala hp kat dea sudah pandai nak posing.. hahahaha.. lawak taw kamu ni anak..
Sekarang..
Makin bertambah kasih sayang ibu & abi pada awak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan