Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 April 2014

Susun Atur : Dapur #1



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Semangat nak post entry baru.. hihi
Biasanya sempat BW je..
Lepas post kt group FB Kami Suka Susun Atur , kasi tepek dekat blog pula..
Inilah rupa dapur yang belum ada kitchen cabinet lagi..
Budget lari hari tu maka inilah hasilnya..



Serabut & semak je mata melihatnya kan??
Tak mengapa, nanti akan aku usahakan agar tak serabut dapur ni..
So far ok je sekarang ni..
Sebabnya dah siap asing2 kan barang dalam box tu..
Ada stok makanan, bekas2 tipuware tupperware & baki hadiah kahwin hari tu..

Nampak tak mesin basuh kat sebelah sink tu???
Itu jelah tempat yg paling sesuai buat masa ini..
Nasiblah mesin basuh tu tak besar gajah kan?? hihi


Nampak tak betapa serabutnya wayar2 plug2 barang elektrik kat dinding tu??
Tak suka daku melihatnya..
Setiap kali nak guna plug mesti berselirat..
Oleh itu aku gunakan cara macam kat bawah ni..
Plug yang tak guna aku hang je dekat situ..
Sebenarnya itu untuk letak 1 plug sahaja..
Tapi aku guna kaedah nak berjimat & penggunaan barang/ruang semaksima mungkin, maka inilah hasilnya..
Ok la tu kan.. hihi


Nanti nak fikirkan cara lain pula..



Rabu, 16 April 2014

Blogger Giveaway by Tasbih cintaku




Ding dong~!!!
Aku merindui mu GA.. (ala2 iklan ya..)
Kalau dapat hadiah 1st bolehlah standby untuk majlis hari lahir baby Liyana nanti sebab Majlis Akikah sudah lepas..
Takpe, tasbih ni bukan basi kalau simpan lama2..
Yang penting sangat berguna.. Setiap kali tasbih ini digunakan, kita pon dapat pahala taw..

Bermula sebagai Ratu DIY ~ B2B je Pn Rahmah ni..
Suka sangat tengok kegigihan Puan Mah berDIY..
Sekarang ni semakin berkembang bakatnya..
Now dah ada bisnes sendiri Tasbih Cintaku..
Walau tengah sarat mengandung pon gigih buat DIY ya..

Tasbih Cintaku ini ada menyediakan perkhidmatan sewaan barangan untuk gubah hantaran..
Kalau nak tengok hasilnya sila terjah FB Tasbih Cintaku.. Review kat blog pon ada..
Perkhidmatan menggubah hantaran pon ada disediakan..
Harga dijamin sangat berbaloi.. !! RM_RM


Gubahan untuk HandBouquet pun ada.. 
HB ni memang menawan kalbu ku..
Warnanya soft mendamaikan mata..


 Tasbih pelbagai versi pun ada..
1 tone, 2 tone, 3 tone pon ada.. *ini bukan cik ton ya..
Siap ada pakej sekali dengan packaging lagi..
Suka warna ni.. paling menawan hati.. hihi..


Yang pasti semuanya berkaitan dengan perihal perkahwinan..
Corsage, aksesori tasbih, kertas kraft, beading pon boleh ya..
Psssstt... Tasbih ni bukan masa majlis kahwin je boleh jadi gift..
Pelbagai event pun boleh.. Majlis Akikah, Majlis Khatam Quran, sempena Hari Guru pon boleh.. ^_^
Tambahan pula Pn Mah ni tak lokek ilmu..
Selalu je share DIY yang beliau buat di blog..
Siap step by step bergambar lagi taw..
Betapa gigih + rajinnya Puan Mah..

Good Job Mommy Mah ~!!

Rad doakan semoga bisnes Tasbih Cintaku berkembang pesat & sentiasa diredhai Allah.. Amin..





Isnin, 14 April 2014

Susun Atur : Master Bedroom #2





Nampak kemas je kan??
Percaya tak ini En Suami a.k.a Abi yang kemas..
Beliau akan mengemas pada hari jumaat sebab beliau cuti..
Isteri? Masih perlu bekerja bagi membantu suami.. ^_^

Nampak tak ada bantal pink di tengah² tu?
Itu adalah bantal dak kecik kami..
Memang dia tidur di tengah² antara kami..
Senang nak BF dia bila dia haus nak susu malam hari..

Masa awal² dulu risau juga kalau Abi nya tertindih dia masa tidur..
So memang ibu tidur tak lena lah..
Asyik sedar tengok suami & anak..
Bila semuanya ok, sambung tidur balik.. hahaha

Di side table tu ada teddy bear, botol isi air zam² (standby utk anak bila meragam), puting (letak je tepi tu.. hakikatnya dak kecik tak suka puting) & sweater dak kecik..
Kenapa perlu ada sweater di situ?
Sebabnya Abi suka tidur buka aircond, so dak kecik akan pakai tu bila tidur..
Takde lah kesejukan sangat kan..

ZzzzzzZzzzzzzzZ








Selasa, 8 April 2014

Baby : 4 bulan



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Pejam celik pejam celik hari ni dah 8 April 2014..
Cepatnya masa berlalu..
Anak pon sudah semakin membesar..
Genap umur anak 4bulan, dia sudah pandai meniarap..
Sekarang ni sangat aktif meniarap & sudah mula bergerak ke depan ke belakang ke tepi..
Kadang tu sampai berpusing 360deg tahu.. 
Hahaha~ Anak ibu oh anak ibu..

 


Sebelum pergi check up di Klinik Desa Permas..

Ni masa ni Klinik Desa Permas..
Abi teman ibu bawa awak pergi check up..
Sebabnya ni 1st time pergi check up di sini..
Waduh.. ramai juga umat kat sini.. hihi
So far rasanya lepas ni ibu ok je kot bawa awak sorang..
Bulan ni kita pergi berdua ya sayang..
Muaaahhhh~

Sekarang..
Anak ibu dah pandah main air liur.. Rambut ibu pon banyak yang gugur.. Kadang tu tak sikat pon boleh gugur.. aduhai.. rambut ibu ni bukannya lebat.. dah macam nak botak dah sayang.. 

Sekarang..
Anak ibu sudah pandai meniarap ke depan ke belakang ke tepi.. semalam je separuh badan dah masuk bawah sofa.. nasib lah awak tu halus sayang..

Sekarang..
Sudah pandai nak nyusu sambil tiarap.. alahai anak.. tadi kul 5pagi kejut ibu nak susu.. ibu lambat selak je awak dah tiarap tarik2 baju ibu.. bila dapat tu terus ngap.. ibu nak baringkan pun awak tak mahu.. terlentok2 tersengguk2 pon masih maintain tiarap.. hahaha.. cumel je kamu ni taw anak..

Sekarang..
Sudah pandai pegang barang.. tambah suka ibu beli mainan yang awak boleh pegang taw sayang.. suka ibu bila awak genggam jari ibu masa menyusu.. kadang pegang baju ibu sambil tarik tutup muka awak.. malulah tu ibu tengok dia nyusu.. hahaha

Sekarang..
Anak ibu dah pandai main2 bibir bila tengok ibu abi makan.. macam minta disuap je gayanya.. tapi awak belum boleh makan ya sayang.. awak hanya boleh minum susu ibu sehingga awak 6bulan.. lepas 6bulan kita cuba makan pula ya.. tapi makanan yang sesuai dengan awak je lah.. hihi.. nanti kita test puree ya sayang..

Sekarang..
Awak sudah semakin cam muka ibu & abi.. pantang ibu lalu pasti awak menoleh.. kalau nampak muka abi balik kerja mesti awak tersenyum sayang.. bahagianya kami melihat awak membesar depan mata..

Sekarang..
Sudah pandai minta dukung.. kadang tu letak   terus nangis.. drama queen sangat taw awak ni anak.. ikut siapa lah tu.. hahaha.. 

Sekarang..
Awak sudah pandai berselfie.. pantang nampak hp, nak dicapainya.. bila nampak muka sendiri kat screen terus jadi budak baik.. hahaha.. bila kita tala hp kat dea sudah pandai nak posing.. hahahaha.. lawak taw kamu ni anak..

Sekarang..
Makin bertambah kasih sayang ibu & abi pada awak..