Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 27 Ogos 2013

Diari Hamil : 28 weeks



Tarikh : 24.08.2013
Hari : Sabtu
Lokasi : Depan Teratak Al-Qud

 
Ni gambar 1st Abi & Ibu snap masa raya taw..
Tu pon dah 17 Syawal taw..
Masa 1 Syawal pon tak ada posing depan camera..
Sedey je.. hihihi
Masa ni baby da 28 weeks 3 days..
Perut ibu nampak tak besar kan??
Tapi berat ibu dah naik 7kg..
Doc pon bising.. huhuhu


Tarikh : 25.08.2013
Hari : Ahad
Lokasi : Perdana Specialist Maternity Centre, Taman Universiti

 
4D Version

2D Version

So far klinik ni ok.. 
Nursenya sangat peramah.. Mesra alam je..
Suka dengan layanan mereka..
Doc?? Rasanya macam agak serius kot..
Masuk bilik je terus doc tanya ada masalah apa?
Terkedu kami sekejap..
Terus aku cakap nak scan baby..
Doc suruh baring atas katil..
Nurse datang tolong aku selakkan baju bagi nampak perut..
Nurse yang sapu jel kat perut & selitkan tisu buat lapik tak kena seluar..
Then doc dtg terus scan perut..
Yang bagusnya, doc tak pandang perut aku pon taw..
Doc terus je scan perut sambil ngadap skrin monitor..
Doc ukur kepala, kaki, tengok jantung baby & skodeng anu baby..
Dengan jelasnya terpancar..
Masa ni suami memang blurr giler..
Doc tak ada terangkan apa2 pon..
Aku yang sebok tanya..
Doc, tu kepala dea ya? dah besar mana erk kepala baby?
Doc cakap 7cm..
Berat baby pon kita boleh tahu ke doc?
Doc cakap, berat baby 1kg ++..
Aku tanya lah, normal ke berat baby dengan usia kandungan?
Doc cakap baby awak besar sikit.. biasanya baby 1kg je sekarang ni..
Aku terus blurr.. besar sgt ke baby ku ini?
Kalo tengok pada print out scan tu berat baby 1075g = 1kg 75g..
Erm.. mungkin yang lebih tu buat doc kata besar kot..
Tak pelah, janji baby sihat..
Masa nak keluar bilik tu, doc bagi gambar 4D & 2D..
Macam tahu2 je kan..
Kat kaunter plak nurse bagi pil kalsium, sampel susu & Neurogain..
Lepas bayar terus balik.. 

Suami terus excited cari nama untuk baby..
Tapi memang dari awal pregnant lagi suami dah excited nak bagi nama anak..
Nama anak perempuan.. macam tahu2 saja..
Aku tak kisah pon..
Janji nama itu ada makna yg baik & sedap didengar bila menyebutnya..

Nampak tak betapa khusyuknya abi awak cari nama untuk awak taw baby.. hihi







Rabu, 21 Ogos 2013

Diari Hamil : 28 weeks




Masa 1st nampak ni dah macam seriau sikit.. hihihi

What to pack for the hospital & how to care for a newborn??
Gulpp... hahaha




Selasa, 20 Ogos 2013

Diari Hamil : Cramp



Selamat pagi..
13 Syawal 1434H..
Kejap je masa berlalu kan??

Cramp?? Kejang??
Ramai yang cakap gejala ini akan berlaku apabila usia kandungan masuk trimester kedua & ketiga..
Oleh itu, ibu² hamil adalah digalakkan memakai stokin semasa tidur..
Atau pun sila memakai selimut semasa tidur..
Sebelum kita lena tu memang lah akan terasa panas kan??
Tetapi sebaik sahaja malam berubah ke awal pagi, cuaca akan menjadi semakin sejuk..
Masa ini lah cramp akan berlaku..
Biasanya cramp di betis lah..

Cramp ni sangat bahaya ya?
Boleh menyebabkan kematian mengejut bayi dalam kandungan..
Ada kes, ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati..
Ini semua gara² CRAMP a.k.a KEJANG..

1st time kena cramp ni pagi tadi..
Tetiba je tersedar dari lena..
Kaki kanan cramp.. mahu nangis je time tu..
Cuba relaxkan diri.. padahal masa ni air mata dah ngalir laju je..
Bila cramp dah kurang, laju² masukkan kaki dalam selimut..
Tengok muka suami kat sebelah tak sampai hati pula nak kejut..
Ingat nak minta tolong picitkan betis ni..
Tapi pendam jelah & terus tidur balik.. huhuhu
Lepas tu pagi tadi bangun lewat dari biasa gara² kaki kejang..

Moral of the story : sila pakai stokin @ selimut semasa tidur..



Isnin, 19 Ogos 2013



Selamat Hari Raya~!!!
Maaf Zahir Batin

Daripada Pn Rad & Suami..

****************************************************************

Dah masuk 12 Syawal 1434H baru terkedek2 nk ucap selamat kan?
Lemau betul lah ibu rad ni.. hahahaha

1st time raya bersama suami & si kecik dlm perut ni taw..
So far si kecik tak banyak ragam..
Dalam perut je pon.. hihihi
Si ibu pon melantak segala jenis juadah yg disediakan.. 
Memang lahap.. semua si ibu telan..
Pasti si anak dalam perut ni pening2 lalat kn?
Yelah, semua makanan yg tak pernah dimakan pon dapat makan time raya..
Hahahaha~ 
Kalau suami nampak isteri over je ambil makanan, laju2 suami tarik pinggan.. huhuhu
Dah tak de jeling2 lagi dah.. terus tarik pinggan.. 
Tapi kadang isteri ni buat dang je..
Bila baby mengeras baru ibu dok diam2.. hahahaha
Entah apa2 je ibu ni kan??

Baju raya?? 
Nanti rad cerita next entry ya..

Selamat berhari raya semua~!!!