Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 23 Disember 2016

Patung Princess??




20.10.2016
2 tahun 11 bulan

Anak ibu dah pandai request nak princess..
Tu patung tu baru lepas paww abi beli..
Tu crown pon sama.. dan-dan nak sama macam patung princess dia..
Sekarang ni, entah mana dah patung princess tu.. hahahaha

Sebenarnya kan, ibu tak pernah pun ajar kakak pasal patung princess ni..
Patung ala-ala barbie ni.. Keras gitu..
Sebab ibu suka lagi soft toy.. Boleh peluk, boleh cuci.. hihihi
Ni mesti sebab banyak tengok kartun taw kakak ni.. hahaha

Sekarang ini anak ibu dah pandai request nak pakai gaun baju-baju princess je..
Gaun-gaun jalan pon dah jadi baju basahan kakak je.. huhuhu
Memang sekarang ni ibu beli gaun yang murah-murah je..
Kalau ada yang cantik-cantik harga RM15 pon ibu sambar je..
Hahahaha~ janji cantik di mata kakak..

Sekarang ni kakak dah pandai pilih baju, kasut sendiri yang nak di pakainya..
Kalau pergi mall pon dah pandai pilih kasut nak dicubanya..
** Signnn.... kakak dah besar lah sayang..




Isnin, 19 Disember 2016

Tropika Baby Herbal Cream











Ni texture Baby Herbal Cream..
Macam lotion dan cepat meresap ke kulit..
Tak melekit langsung..
Best guna ni :)
Jimat pon jimat.. ibu guna untuk liyana ada 3 bulan rasanya..
Ibu sapu kat dada, perut & belakang dada tiap kali lepas mandi & sebelum tidur..
Sapu ini untuk dapatkan tidur yang lena, elak kembung perut, selsema & batuk..

Kalau berminat nak beli, boleh whatsapp ibu..
0167784185




Sabtu, 17 Disember 2016

Beg Toilettories Kakak






20.11.2016
Apa yang ada dalam toiletteries bag #nurliyanazafirah ???

1) berus gigi
2) thermometer
3) sepit kuku
4) sikat
5) tropika body lotion - botol pink
6) tropika head-to-toe - botol kuning
7) tropika baby hair & body oil
8) tropika citronella
9) tropika baby herbal cream
10) scent sync cough & cold care balm
11) scent sync calm balm

Lotion & mandian tu terpaksa letak dlm botol kecil sket sebab stok kt rumah botol besar yg 230ml punya.. so tak muat toiletteries bag tu.. ðŸ˜…

Thermometer mmg sentiasa ada dlm bag tu utk mudahkan ibu check suhu badan kakak bila demam..

Tropika citronella tu pon mmg sentiasa dlm bag. Kalau kena gigit nyamuk/serangga mmg laju2 ibu sapu..

Ya, ibu bukan setakat jual produk tropika je tapi ibu juga pengguna produk #tropikaforbaby ..

balm scent sync tu ibu beli drp kawan ibu tqahnasir .. balm best & memberi kebaikan kepada anak2 buat ibu senang hati..

#sayajual
#sayajualbarangibuanak
#tropikaforbaby
#tipsiburad

Jumaat, 16 Disember 2016

Tropika Citronella



Selamat pagi..
Salam jumaat buat semua..
Ok, pagi ni ibu nak share 1 produk berkesan buat hilangkan bintat merah bekas gigitan nyamuk..
Tak lain dan tak bukan
Tropika Citronella..





Yang dalam bulatan merah tu bintat merah kesan gigitan nyamuk..
Semalam bintat merah menyala..
Laju-laju ibu sapu citronella.. tapi ibu lupa nak ambil gambar semalamnya.. huhu
Baru sehari sapu dah nampak kesannya..
Memang cepat hilang kesan bintat tu..
Citronella ni memang sentiasa ada dalam beg toilettories liyana..
Bila ada bintat @ luka, ibu akan sapu citronella..
Terbaiklah produk Tropika Citronella ni..

Kalau ada yang berminat nak beli produk Tropika, 
boleh whatsapp ibu ya 0167784185




Rabu, 14 Disember 2016

Terima kasih LILLA



Terima kasih LILLA~!!!
Awak sangat membantu ibu..
Ibu bersyukur sebab awak ada bila ibu memerlukan..





Lilla ni lah yang bantu ibu sepanjang potty train si kakak..
Lega sebab kakak pon dah pandai gunakan ini..
Bila kencing, pandai dia buang air kencingnya dari lilla ke dalam toilet bowl & flush..
Bila kakak buang air besar je ibu/abi yang buangkan..
Takut bersepah, tambahan kakak ni penggeli..
Najis sendiri pon dia geli.. hihihi

Ibu beli ni lama dah.. tahun lepas masa kakak usia 2 tahun..
Kononnya masa kakak 2 tahun nak start potty train..
Ibu potty train kakak tapi tak cukup istiqamah..
Kejap train kejap stop..
Sampai kakak pon kadang keliru..
So bila ibu tengok kakak sendiri dah sedia untuk free diaper, terus ibu mula potty train lagi..
Alhamdulillah, lepas 3 hari terus kakak pandai dah nak berhadas je masuk toilet..
Tak pon kakak akan beritahu ibu/abi..
Tapi bila kakak nak berhadas di tempat awam atau di kedai-kedai yang tiada kemudahan tandas, memang haru biru ibu abi jadinya.. hahaha

Awak dah besar sangat je rasanya kakak..
Ibu abi sayang kakak..
Muuuaahhhh...



Khamis, 8 Disember 2016

Yeah~!! Kakak dah berjaya FREE DIAPER di siang hari hingga sebelum tidur




Selamat pagi semua..
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember 2016 kan..
Hari ni je dah hari khamis..
Terasa cepatnya masa berlalu kan??

Sempena bulan disember ni ibu nak umumkan anak ibu Nur Liyana Zafirah telah berjaya Free Diaper di siang hingga malam hari sebelum tidur..
Cuma masa tidur je ibu belum cukup gigih nak free diaper kan kakak.. huhu
Tapi tengokkan gaya kakak ni memang dah tak nak pakai pampers walau pun nak tidur..
Tapi ibu tak cukup gagah nak bangun banyak kali di malam hari lah sayang..
Nanti masa ibu pantang kita cuba ya kakak??

Tahniah sayang ibu ~!!!!





Selasa, 6 Disember 2016

Menu minum petang + early dinner





Menu simple utk minum petang + early dinner..
Spagetti carbonara tu untuk ibu & kakak..
Blackpepper spagetti tu untuk abi..
Simple je nak masak pon sekejap je ni..
Semuanya gara-gara ibu nak sangat makan carbonara masa balik kerja kerana perut lapar yang amat.
Tak dan nak tunggu abi balik kerja.
Siap masak je terus makan panas-panas.. hahaha


Spagetti Carbonara
~ Tumis bawang putih hingga naik bau.
~ Masukkan isi ayam.
~ Agak ayam dah masak, masukkan fresh milk, cheese, sayur pilihan, oregano & sedikit blackpepper.
~ Mendidih je kuah tadi dah boleh masukkan spagetti yang dah siap direbus tu..
~ Gaul sebati, siap.


Blackpepper Spagetti
~ Tumis bawang putih hingga naik bau.
~ Masukkan isi ayam.
~ Agak ayam dah masak, masukkan sedikit sos blackpepper, serbuk blackpepper & sayur pilihan..
~ Tambah sedikit air.
~ Mendidih je dah boleh masuk spagetti yang siap direbus.
~ Gaul sebati, siap.






Khamis, 1 Disember 2016

Anemia? Apa itu Anemia??



Anemia??
Apa itu Anemia??
Keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah.
Fungsi HB adalah mengangkut oksigen & zat makanan ke seluruh badan.
Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Kat bawah ni ibu ada share pamplate yang ibu dapat daripada nurse kat Klinik Desa Permas Jaya..
Jangan pandang remeh ya ibu-ibu..
Anemia ni bahaya untuk ibu & kandungan..




Lepas je ibu tahu HB ibu rendah, memang down sangat..
Memang ibu belek pamplate tu selalu lah..
Makan-makanan yang dicadangkan..
Alhamdulillah, sekarang ni HB ibu dah kembali normal..