08/08/2014
Bangun pagi tu liyana dah start batuk..
Suhu badan normal..
Walau pun batuk dia tetap aktif macam biasa..
Ibu & Abi bawa awak mandi manda di Tanjung Balau & beraya rumah atok harun & nenek yah di Felda Tunggal..
Mula tu awak takut nak masuk laut..
Peluk ibu kuat2 ni.. kaki siap naik lagi kepit ibu..
Ibu bawa pergi tengah sikit tempat m.uda & m.long mandi..
Eceh ceh.. mula2 takut tak mahu turun..
Ibu tepuk2 air sikit, percikan kat awak..
Lama2 awak pon dah nampak ok..
Starting awak main tepuk2 air dulu..
Tepuk2 lepas tu sengeh tengok ibu..
Bila ibu rendamkan badan awak pun ok je..
Ibu sempat lah sapu air laut di belakang tengkuk awak tu..
Orang2 tua selalu cakap, kalau luka nak cepat baik sila berendam dalam air laut (masin)..
Bila dah mula ok tu awak happy je main air..
Awak celup tangan dalam air pastu jilat..
Pastu nganga then tunduk ke laut gaya macam nak minum..
Ulang lagi.. Air tu masin anak oi~!
Kenapa? Sedap ya?? Gelak kami kat situ..
Anak oh anak~~ Cumel je bila macam tu..
hihihi
Seperti biasa, awak aktif ke sana sini, main dengan abang2 awak..
Bila malam semakin larut..
Malam tu awak macam susah nak tidur..
Yelah dengan batuknya + selsema pula..
Kalau batuk tu memang dengar ada kahak..
Kul 11.00mlm tu ibu susukan awak & tak lama lepas tu awak terus tertidur..
Agaknya sebab penat sangat kot..
Ibu tengok awak tidur, nafas awak macam laju..
Bila tengok awak dah lena tu ibu bangun kemas bag..
Tak sampai 10minit awak lena ibu dengar awak nangis sambil terbatuk2..
Luluh hati ibu dengar..
Dengan pantas ibu peluk awak erat2..
Tetiba awak muntah.. muntah dengan banyaknya..
Ibu tadah muntah guna baju ibu je..
Abi terus terjaga bila dengar anaknya nangis
Tukarkan baju terus ajak balik malam tu juga jam 11.30mlm..
09/08/2014
Awak batuk & selsema..
Tapi masih boleh dikawal..
Ibu & abi bawa awak pergi beraya, open house..
Awak pon aktif je bermain & tak reti duduk diam walau seminit..
Jam 9.30mlm masih aktif bermain tapi jam 11.30mlm terus melepek..
Penyek je muka dia landing kat kita..
Badan pun panas.. suhu 37.8darjah..
Penat agaknya ikut ibu & abi beraya..
Tengok anak macam tu hati ibu terus sayu..
Belum sempat ajak abi balik awak dah muntah..
Nangis je.. ibu tukarkan baju awak terus balik..
Dalam kereta ibu susukan awak tapi awak macam tak selesa je..
Mungkin sebab selsema jadi tak selesa bila menyusu..
Sampai rumah ibu terus mandikan awak nak kasi panas turun..
Ibu tidur tak lena malam tu sebab nak jaga awak..
10/08/2014
Ahad baru ni bawak my baby boo pergi klinik..
Demam + selsema + batuk..
Ibu abi tengok awak suka main block ni.. nanti ibu & abi belikan ya sayan..
Tapi kalau tengok gambar ni macam sihat je kan??
2 malam ibu mandi muntah awak wahai anak..
Alhamdulillah, sabtu pagi tu panas awak dah susut sikit..
Tengok awak aktif macam biasa buat ibu lega..
Tapi kami tetap bawa awak jumpa doktor.
Doktor bagi ibu demam, batuk/kahak & selsema..
Ibu bagi sekali je.. lepas tu terus simpan peti ais..