Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua..
Lamanya tak update blog kan??
Sebenarnya hari² buka blog tapi tak sempat nak update..
Mana tak nya..
Buka blog masa di pejabat..
So banyak lah halangan nya..
Selalunya sempat blogwalking je..
So hari ni sempat lah nak update..
Sebab paling utama ialah EN BOSS tiada.. hihi
Pagi ni saja 2 kali kaki cramp..
Mata dok bergenang je..
Laju² kejut husband kat sebelah..
Husband pula mamai² tanya kenapa..
Lepas tunjuk kaki barulah dea faham..
Dengan mata buka separuh husband pon picit² kaki & tolak tapak kaki..
Ala, macam yang selalu pemain bola sepak selalu buat tu kalau kaki cramp..
Masa ni tak teringat langsung nak sapu mustajab ke apa..
Rasa nak nangis je adalah..
Pastu pagi tadi masa nak bersiap ke pejabat, mulalah suami perli²..
Ceth~!!! sabar je lah..
Perangai macam budak²..
Pagi² dah sakat isteri.. huhuhu
Tapi kita tahu, suami sayang kita.. hihi
Pagi tadi cerita dengan mama..
Mama cakap biasalah tu bila dah berat..
Memang selalu lah kaki cramp bagai..
Tidur pakai stokin + selimut..
Sebab tak boleh kesejukan sangat..
Mama cakap untung kena sebelah je..
Kalau kena dua² belah kaki, macam mana nak jalan tu??
Huhuhu.. Sabar jelah aku..
Mama pon saja je nak kenakan aku.. huhu
Tapi bila difikirkan semula, ada betul juga mama cakap tu..
Nasib baik kena sebelah je..
Kalau dua² belah kaki, mahu menangis aku pagi ni..
Macam mana nak drive?
Yang kena kaki kanan je pon dah rasa kaki sakit masa tekan pedal minyak..
Jalan pon terencut² sket.. hahaha
Ok lah, rasanya itu je kot nak di'kongsikan dalam entry kali ini..
Ops.. sebelum terlupa..
Esok lepas asar kami ada buat Kenduri Doa Selamat untuk Ibu Rad & Baby..
Biasanya orang buat kenduri masa kandungan cukup 7 bulan..
Tapi aku terlanjak sikit..
Kandungan dah jejak 8 bulan baru nak buat..
Sebab masa 7bulan tu tengah sibuk raya, lepas raya adik konvo pula..
Dengan suaminya ada event lagi..
Tu yang esok baru nak buat..
Lagi pon semua adik beradik ada minggu ni..
Memang happy sangat lah..
Boleh celebrate birthday aku yang dah basi (07.09.2013) & Anniversary kami yang pertama (28.09.2012-28.09.2013)..
Semoga kami suami isteri bahagia hingga ke syurga di samping keluarga tersayang..
Amin..
p/s : Doakan ibu & anak selamat sejahtera sepanjang proses kehamilan, bersalin, berpantang & selamanya ya kawan² blogger ku sayang.. (",)