Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 Mei 2015

Happy Mother's Day




Happy Mother's Day Mama, Pn Norizan Binti Abdull Rahman..
Sayang Mama!!



Kek ni adeq yang buatkan..
Aku ada tag 1 video buat kek ni..
Terus adeq buat.. hihihihi




Khamis, 7 Mei 2015

Dapur :: Kitchen Cabinet #3



Lepas je siap KC ni aku terus bersemangat berkobar-kobar nak susunatur & kemas barang-barang dalam KC..
Tapi bila bersemangat ni tetiba ada pula benda yang kurang masa susunatur ni terus terbantut mengemas kan?? huhuhu
Alasan sangat lah aku ni.. hahaha
So aku kemas mana yang ada dulu..


Ni rak atas bahagian tengah..
Aku susun segala gelas, mug & cawan yang ada..
Di rumah ni ada 3 orang je..
Tapi banyak kemain lagi gelasnya..
Itu ada yang hadiah kahwin, ada yang mama bagi, ada yang koleksi orang bagi masa pergi kenduri kahwin & koleksi sendiri..
Bahagian bawah kiri tu aku letak bekas kuih raya..
Itu pon dapat hamper raya masa 2011..
Yang bekas kecil tu dapat masa pergi kenduri kahwin..
Itu pon ada 4 balang kaca aku dah guna untuk tea/coffee area..
Yang tu nanti aku review ya..
Yang cawan plastik tu standby untuk kanak-kanak..
Senang, tak bimbang pecah..
Kalau jatuh pun rilex lagi.. hahahaha

1. Shelf IKEA
Korang perasan tak aku guna shelf untuk susun gelas & tea set?
Sangat membantu menjimatkan ruang..
Aku beli kat IKEA..


Ada 2 saiz tapi aku up hanya saiz yang besar sahaja..
Kalau yang kecil tu RM11.90..
Saiznya separuh dari yang besar ni..
Aku suka pakai shelf yang ini sebab materialnya besi..
Jadi shelf ini boleh menampung berat bebanan kaca..
Aku beli 1 besar, 2 kecil..
Nanti kalau ada ke IKEA aku nak borong lagi..
Siap dah beritahu suami awal-awal lagi..
Kalau ke IKEA nak beli shelf ni banyak-banyak..
Siap tunjuk lagi cara aku guna so senang suami nak approve permohonan aku ni.. hahahahah

2. Table Mate Mr DIY
Setiap KC aku alaskan dengan Table Mate..
Beli di MR DIY je..
Harga yang paling murah je RM0.80 sahaja sekeping..
Tujuannya untuk mengelakkan dari kesan calar di permukaan KC & gelas/mug..
Lagi satu dapat mengelakkan bunyi yang ngilu tu..

Inilah 2 benda yang aku perlu untuk susunatur barang dalam KC aku ni..
Sedikit sebanyak dapat membantu dalam penggunaan ruang secara maksimum & lancar..


To be continue....





Rabu, 29 April 2015

Dapur :: Kitchen Cabinet #2


Akhirnya kitchen cabinet siap dipasang..
Sebenarnya tak berapa puas hati dengan hasilnya..
Tapi boleh lah diterimakan..
Kerana kalau dilihat dari mata kasar memang tak perasan sekali imbas tu..
Bila aku belek setiap inci, adalah sikit2.. 
Hahaha~ budget perfect sangat je aku ni.. hahaha



Ni sebaik sahaja selesai pasang..
Suami yang ambil gambar ni..
Bila lihat macam ni macam panjang sangat KC aku kan??
Tapi still rasa tak muat nak letak barang..
Hahahahaha~! Nampak sangat aku suka simpan banyak khazanah kan??

Oleh kerana kami book masa ada promotion so dapatlah percuma rak kasut ni..


Tapikan, disebalik KC ni ada tercipta 1 memori yang menyedihkan..
Frust pon ada..
Tak pasti nak salahkan siapa..
Tiap kali tengok KC tu mesti sedih..
Nanti aku cerita kat next entry ya..

To be continue Part 3..


















Sabtu, 18 April 2015

Dapur :: Kitchen Cabinet #1




Berantakan dapur aku masa proses pasang kabinet..
Pening aku tengok..
Nasib baik suami ada untuk take over masa proses pemasangan ni..
Masa ni aku kerja, suami pula cuti tunggu di rumah..

Proses pemasangan ni tak ambil masa yang lama pun..
Dalam 2-3jam sahaja..
Tapi sepahnya ya ampun..
Kebiasaannya proses mengemas sebelum & selepas yang lama..

To be continue....





Khamis, 16 April 2015

tetiba minat memasak pula


Hari ni nak feeling2 pula.. hahaha
Sebenarnya sblm kahwin, aku ni tak pandai memasak sangat..
Sebab jarang memasak..
Yalah, duduk rumah parents lagi kan..
Pergi kerja mama dah siap buat sarapan sebab berniaga makan..
Balik kerja pula makanan dah sedia atas meja makan..
Hari minggu jelah kalau aku rajin nak masak pun..
Itu kalau tak keluar rumah lah..
*pemalas sangat kan?? hahaha

Masa bujang kerja di KL pandai pula aku masak kan??
Nak jimat punya pasal.. hahaha
Jalan kaki pergi kedai runcit, siap anjing berkeliaran pun aku sanggup..Hahahahahaha
Tapi bila duduk dengan family, hilang kesanggupan tu.. hahahaha
Ayah selalu cakap "lama tak merasa masakan along."
Ok, itu maknanya memang kena masak lah.. hahaha

Sekarang? mestilah lagi rajin memasak..
Tambahan pula ada anak dara 1tahun tu..
Kononnya nak jaga pemakanan dia lah ni..
Masak pun tak pedas..
Kalau masak yang pedas, kena ada 1 menu lagi yang tak pedas khas untuk dia..
Nasib baik suami tak kisah..
"Terima kasih sayang!"
Aku kena perbaiki lagi skill memasak pelbagai menu..
Sekarang ni menu kanak-kanak saja..
Semuanya NO SALT NO SUGAR..
Memang menu sihat lah.. hihihi

Go Go Chaiyok~!!!

Isnin, 13 April 2015

ResepiRad :: Roti Kasih Syg




Nama resepi nak poyo kan?? hahaha

Bahan-bahan :
Ayam/Daging dicincang
Tomato puree
Bawang merah
Bawang putih
Halia (jika guna daging)
Cili (rad tak guna sebab untuk anak 1y4m sekali)
Tomato
Lobak merah
Batang saleri
Gula
Garam
Roti perancis
Cheesedale
Butter

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah & bawang putih.
2) Bila naik bau masukkan tomato puree, gula & garam sesedap rasa
3) Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam yang telah dicincang.. Sebenarnya kan lebih kurang je cara nak masak kuah spagetti ni.. kalau nak guna prego/kimball pon boleh..
4) Masak sehingga ayam masak. untuk rasa pula ikut selera masing2 ya.. siap.
5) Sapu butter pada roti yang telah dipotong serong.
6) Letakkan ayam tadi ikut banyak mana nak.
7) Letak cheesedale.
8) Bakar dalam avon hingga cheese warna kuning keemasan.. siap








Isnin, 6 April 2015

si gadis berbaju merah




Inilah wajah kesayangan beta..
Sekarang dah pandai melaram lagi lah tak terlayan kadang-kadang tu..
Tengok tu, makcik2 dia sibuk pilih baju, dia pon ikut sibuk juga..
Semua kasut kat butik tu dia nak test.. hahaha



Bahagia je kan dia duduk dalam tu?
Anak dara ni memang suka benda yang beroda..
Kalau masuk kereta mesti nak pegang stereng.. 
Sekarang ni pula kalau pergi jusco, kami akan sewa kan keretapi ni..
Kemain lagi dia pusing stereng tu..
Macam nak tercabut dibuatnya.. hahahaha